Gambar 1: Keris salang yang dihadiahkan oleh Tunku Besar Tampin kepada Duke of Edinburgh. |
Keris salang berukuran 10.2 x 69.5 cm ini (Gambar 1-3) dihadiahkan Tunku Besar Tampin iaitu YTM Paduka Sri Sultan al-Sharif Sha’aban Muhammad Shah Zillu’llah fi al-‘Alam ibni al-Marhum Ibrahim al-Qadri (17??-1872), kepada Prince Alfred, Duke of Edinburgh (1844-1900).
Lebih dikenali sebagai Syed Sha'aban, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Muda Rembau oleh bapa mertuanya, Yamtuan Besar Raja Ali, pada tahun 1832. Syed Sha'aban melarikan diri ke Tampin pada 1833 dan menetap di Melaka dari 1837 hingga 1842. Baginda kemudian dilantik sebagai Tunku Besar Tampin selepas kemangkatan Raja Ali pada tahun 1856.
Gambar 2: Catatan pada sampir keris "Presented by Yam Tuan Sariff Shaban Chief of Kroo and Tampin to H.R.H the Duke of Edinburgh, KG KT. 9 Decr 1869" |
Gambar 3: Keris salang yang dihadiahkan oleh Tunku Besar Tampin kepada Duke of Edinburgh. |
Gambar 4: HMS Galatea |
Sejurus kembali ke England, Prince Alfred meminjamkan keris ini untuk dipamirkan di Muzium South Kensington (kini Muzium Victoria & Albert). Kemudian ianya disimpan di kediaman baginda di Clarence House, London. Ianya kini disimpan di Grand Vestibule, Windsor Castle.
Rujukan:
1. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Alfred,_Duke_of_Saxe-Coburg_and_Gotha
2. https://www.royalark.net/Malaysia/tampin.htm
3. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perang_Naning
4. https://www.sea.museum/2015/08/27/the-sailor-prince